PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi bekas CEO GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) serta tiga bekas akauntan syarikat itu untuk menggugurkan 331 pertuduhan pengubahan wang haram.
"Dukacita, representasi telah ditolak dan perkara itu telah dimaklumkan kepada peguam semua tertuduh, maka, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk perbicaraan kes berkenaan," kata Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Ashrof berkata pihak pendakwaan merancang memanggil 15 hingga 20 saksi untuk memberi keterangan dan mencadangkan perbicaraan berlangsung selama enam hingga lapan hari, lapor Sinar Harian.






