Penganalisis berkata ketiadaan MIPP dalam PRN Melaka akan mengukuhkan persepsi bahawa PN masih berpihak kepada kepentingan Melayu-Islam. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Keputusan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) untuk tidak bertanding dalam PRN Melaka berisiko mengukuhkan persepsi bahawa Perikatan Nasional (PN) masih berpihak kepada kepentingan politik Melayu-Islam, kata penganalisis.

Mazlan Ali.Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, tindakan MIPP menarik diri menyerlahkan kekurangan pengaruh parti komponen bukan Melayu PN dalam rundingan pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu mencerminkan rasa tidak puas hati MIPP terhadap kegagalan PN melindungi kepentingan parti komponennya.