KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior', Zulkifli Ismail, 63, membuktikan sesuatu kejayaan diraih itu tidak akan 'mengkhianati' usaha dan minat seseorang dalam pendidikan walaupun sibuk dengan urusan pekerjaan.

Zulkifli menerusi hantaran dimuatnaik di akaun Facebook, berkongsi berita kejayaannya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00 bagi Sarjana Pengajian Persembahan.

Bapa kepada dua cahaya mata itu melanjutkan pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, dan majlis konvensyen bakal berlangsung pada hujung November ini.

"CGPA 4.00. Alhamdulillah, selesai dengan selesa. Dalam kesibukan menjalani penggambaran dan sedikit gangguan kesihatan, saya berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.