Loke Siew Fook berkata kerjasama BN-PN membawa cabaran baharu dalam landskap politik negara.KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengingatkan partinya supaya bersedia menghadapi PRU16 yang mencabar susulan kemungkinan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluas ke peringkat nasional.

Berucap pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan, Loke berkata kerjasama BN-PN membawa cabaran baharu dalam landskap politik, dengan kedua-dua gabungan dilihat mahu memperluaskan kerjasama itu ke seluruh negara.

“DAP mesti cukup berani untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang dan terus melakukan perkara yang betul, walaupun ia tidak semestinya memberikan keuntungan politik.