Jasin: Suami isteri dipercayai menjadi dalang kegiatan pengedaran dadah rentas negeri dicekup polis bersama lebih 3.2 kilogram (kg) dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Merlimau, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Jasin Superintendan Lee Robert berkata, pasangan berusia 45 dan 32 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan bantuan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dinaiki suspek menemukan dadah berkenaan dalam bentuk paket di dalam kotak di tempat duduk penumpang.








