SINGAPURA: Lima syarikat berdaftar di Singapura dan berpotensi ada kaitan dengan kebakaran di rantau ini bersetuju bekerjasama dengan proses penilaian dijalankan oleh panel pakar khas.
Langkah itu membolehkan panel terbabit menyiasat dan memastikan firma-firma berkenaan memikul tanggungjawab atas kebakaran yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan pada 31 Oktober menyatakan bahawa pihaknya telah bertemu dengan wakil daripada Wilmar International, Golden Agri-Resources, APP Company, APP Company (China) dan Indofood Agri Resources.
Menurut badan berkanun itu, kesemua syarikat berkenaan telah bersetuju melantik pentaksir dan memberi kerjasama penuh sepanjang proses penilaian dijalankan.









