ALOR SETAR – Seramai 1,541 pesawah di Kedah menerima manfaat berjumlah RM7.54 juta menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) bagi tahun 2026 sebagai usaha membantu mereka menghadapi risiko kerugian akibat kerosakan tanaman.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 541 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima manfaat sebanyak RM2,417,651.Menurutnya, bayaran kepada pesawah MADA sedang dilaksanakan secara berperingkat manakala tambahan sebanyak RM423,930 masih dalam proses penilaian dan pengesahan."Bagi pesawah di luar kawasan MADA di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kedah pula, seramai 1,000 pesawah menerima manfaat berjumlah RM5,118,878 yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing," katanya pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Turun Padang Bersama Pesawah Negeri Kedah 2026 di PPK MADA H-II, Kepala Batas di sini.Mohamad berkata, STTP menyediakan perlindungan kepada pesawah bagi membantu mengurangkan beban kewangan sekiranya tanaman padi mengalami kerosakan akibat bencana alam, serangan perosak atau penyakit.Menerusi skim itu, kadar perlindungan bagi kerosakan tanaman akibat bencana alam boleh mencecah RM3,000 sehektar semusim bergantung kepada peringkat umur tanaman yang terjejas.Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada 2024, STTP telah menyalurkan manfaat berjumlah RM56.92 juta kepada pesawah di seluruh negara.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM20 juta bagi 2026 untuk pembekalan baja foliar dan bahan pembaik kesuburan tanah kepada pesawah di kawasan MADA, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) serta IADA Kerian.Daripada jumlah itu, sebanyak RM12.29 juta diperuntukkan khusus untuk kawasan MADA bagi dua musim penanaman padi tahun ini.Sementara itu, Presiden Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, perlindungan kewangan yang bersesuaian penting bagi membantu pesawah menghadapi risiko yang boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.Menurutnya, bagi seorang pesawah, kerugian tanaman bukan sekadar kehilangan hasil pada satu musim namun turut menjejaskan pendapatan keluarga dan kemampuan mereka untuk kembali mengusahakan sawah."Manfaat takaful ini diharap dapat meringankan beban dan memberi sedikit kelegaan ketika mereka amat memerlukan sokongan," katanya.
RM7.54 juta takaful bantu 1,541 pesawah Kedah

Key takeaways
Sebanyak 1,541 pesawah Kedah menerima RM7.54 juta melalui Skim Takaful Tanaman Padi 2026.
- 1,541 pesawah Kedah menerima RM7.54 juta daripada Skim Takaful Tanaman Padi.
- Pesawah di kawasan MADA menerima RM2.42 juta manakala yang di luar menerima RM5.12 juta.
- STTP menyediakan perlindungan kewangan bagi kerosakan tanaman akibat bencana alam atau penyakit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Agrobank salur RM70 juta pembiayaan padi, manfaat 10,000 pesawah
- Utusan Malaysia RM56.9 juta manfaat takaful bantu pesawah terjejas sejak 2024
- Sinar Harian RM7.54 juta takaful bantu 1,541 pesawah Kedah (this story)









