Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengenai perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam Islam, kata Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli mengingatkan umat Islam supaya tidak menyertai sebarang program atau acara yang dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan tauhid, termasuk sambutan Halloween meskipun untuk tujuan berhibur.
Katanya, pengaruh budaya asing yang tular di media sosial menyebabkan umat Islam cenderung mengikut sesuatu trend tanpa mengambil kira kesesuaian dengan tuntutan agama.
"Sebelum melakukan sesuatu, pastikan perkara itu berada dalam kerangka syarak. Hal ini penting kerana kita perlu mempertahankan akidah dan tauhid," katanya lapor Bernama.





