KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lalu, menjejaskan sentimen pelabur.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 8.24 mata atau 0.51 peratus kepada 1,607.36 daripada 1,615.60 semasa ditutup pada Jumaat lalu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.39 mata kepada 1,613.21.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 430 berbanding 64 manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,970 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.








