NEW DELHI: Parti-parti pembangkang India mengadakan perhimpunan di New Delhi, semalam, bagi membantah tindakan berkaitan dakwaan nama pengundi digugurkan daripada daftar pemilih di seluruh negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Protes besar-besaran tercetus susulan laporan pada September lalu bahawa dua pesuruhjaya pilihan raya telah menyuarakan kebimbangan kepada Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya, Gyanesh Kumar, berhubung keputusan berkait penyemakan daftar pemilih di beberapa negeri dan wilayah persekutuan.

Semalam, ribuan orang menghadiri perhimpunan protes di Ramlila Maidan, New Delhi, dengan parti pembangkang utama, Kongres, menegaskan 'apabila demokrasi diserang, berdiam diri bukan satu pilihan.'