Jakarta: Gelombang demonstrasi mahasiswa bakal kembali menggamatkan Indonesia pada 28 Oktober ini apabila gabungan mahasiswa dan masyarakat awam merancang mengadakan himpunan besar-besaran sempena Hari Sumpah Pemuda bagi menyuarakan pelbagai isu di negara itu.

Langkah itu dirancang Badan Eksekutif Mahasiswa Universitas Indonesia (BEM UI), bersama gabungan mahasiswa dan masyarakat sivil, sebagai usaha menyatukan gerakan mahasiswa dalam menangani pelbagai isu negara, selain menuntut kepastian mengenai masa depan generasi muda Indonesia, lapor Jawa Pos.

Timbalan Ketua BEM UI, Fathimah Azzahra, mengesahkan gabungan mahasiswa itu sedang memperincikan persiapan teknikal dan agenda tuntutan menjelang demonstrasi berkenaan.