BENGALURU: Goldman Sachs menaikkan unjuran harga minyak berikutan peningkatan risiko gangguan bekalan, sambil memberi amaran harga minyak mentah Brent boleh melonjak kepada AS$140 setong pada 2027 sekiranya pengeluaran minyak di rantau Teluk kekal 3.5 juta tong sehari lebih rendah berbanding purata 2025.
Bank pelaburan itu menaikkan unjuran harga minyak mentah Brent bagi Disember kepada AS$105 setong berbanding AS$90 sebelum ini, manakala unjuran harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) dinaikkan kepada AS$94 setong daripada AS$81.
Goldman Sachs turut menaikkan unjuran harga purata minyak bagi 2027 kepada AS$88 setong bagi Brent berbanding AS$80 sebelum ini, manakala unjuran WTI meningkat kepada AS$78 setong daripada AS$73.









