Hakim Arik Sanusi Yeop Johari arah peguam berkaitan menyediakan penjelasan sama ada wujud wakil sah atau kedudukan kedua-dua individu perlu digugurkan. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman antara Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dengan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) ke esok.

Keputusan itu selepas timbul persoalan berhubung kedudukan dua individu daripada pihak plaintif yang didakwa telah meninggal dunia.

Dua individu berkenaan ialah bekas ketua pengarah Felda Ab Ghani Ali dan bekas ahli lembaga pengarah Felda Omar Salim.

Persoalan itu dibangkitkan pihak peguam berhubung wakil yang boleh mewakili kepentingan kedua-dua individu berkenaan dalam prosiding terbabit.