Ariz Ramli yang lebih dikenali sebagai Caprice sebelum ini diperintah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew kerana memfitnah pendakwah itu. (Bernama pic)PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak permohonan pempengaruh media sosial Ariz Ramli, yang lebih dikenali sebagai Caprice untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM220,000 kepada pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew kerana fitnah.
Hakim Zuhrina Mohamed Nor memerintahkan Ariz, 40, mendepositkan ganti rugi beserta kos RM2,000 ke akaun peguam yang mewakili Ebit dengan serta-merta, lapor Sinar Harian.
Pada 17 Ogos lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ariz membayar ganti rugi RM200,000 beserta kos RM20,000 kepada Ebit kerana memfitnah pendakwah itu pada 2023 menerusi tujuh kenyataan yang dibuat bersama seorang pempengaruh media sosial Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo.









