KYIV: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam serangan Russia ke atas sebuah sekolah yang menjadi pusat pengagihan bantuan kemanusiaan di Ukraine.
Tragedi itu sekali gus memusnahkan sebarang harapan untuk melihat perkembangan positif ke arah keamanan yang cuba diusahakan Amerika Syarikat (AS).
Ukraine berkata, Russia kembali melancarkan serangan di wilayah selatan Kherson selepas gencatan senjata di kawasan itu berakhir.
Gencatan senjata itu adalah yang paling lama sejak Russia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022.








