India memohon ekstradisi pendakwah kontroversi Zakir Naik berhubung beberapa dakwaan, termasuk pengubahan wang haram dan menghasut kebencian melalui ucapannya, yang kedua-duanya dinafikan beliau. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kerajaan belum menerima sebarang permohonan ekstradisi baharu daripada India terhadap pendakwah kontroversi, Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Saifuddin berkata satu-satunya permohonan rasmi ekstradisi daripada India diterima pada 19 Jan 2018, sebelum Putrajaya memutuskan untuk tidak mengekstradisi Naik.
“Setakat ini, kerajaan belum menerima sebarang permohonan ekstradisi baharu,” katanya sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary.










