PASIR PUTEH: Lima mangsa cedera termasuk tiga tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta jenis Perodua Kelisa berhampiran Resort Aman Tok Bali, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.18 petang itu, pasukan bomba menerima maklumat menerusi panggilan NG999 sebelum pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali dan bantuan BBP Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mat Yudi Zulkifli berkata, terdapat lima mangsa pada dua kenderaan berkenaan dengan ada mangsa dipercayai tersepit.

Katanya, setibanya di lokasi, komander operasi membuat pemeriksaan dan didapati kemalangan membabitkan dua kereta jenis Perodua Kelisa bertembung.