SERDANG: Pelakon dan penerbit, Aedy Ashraf, menghadiahkan sebuah kenderaan elektrik (EV) kepada ibunya, Liza Zain sempena ulang tahun kelahiran yang ke-33, baru-baru ini, sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan insan tersayang.

Aedy atau nama sebenar, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, berkata kenderaan baharu yang lebih luas dan selesa itu menggantikan kereta terpakai yang pernah dihadiahkannya kepada ibu, kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut penerbit filem Tarung: Unforgiven itu, kereta lama berkenaan sering mengalami masalah, termasuk sistem penyaman udara yang kerap rosak, sekaligus menyukarkan urusan harian keluarganya.

"Kira-kira 10 tahun lalu, saya pernah hadiahkan kereta kepada ibu, tetapi ketika itu saya hanya mampu berikan kereta terpakai.