Biarpun buta kedua-dua belah mata, kucing jantan yang diberi nama Wuhan Ramadhani Fitriah atau Wuhan cukup istimewa di hati Muhammad Razif Daud.
Bagi Muhammad Razif Daud, 42, atau dikenali sebagai Amier, Wuhan mengajarnya erti kasih sayang tanpa melihat kekurangan semata-mata.
Menyelami kisahnya, Amier yang menetap di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor berkata, Wuhan ditemui enam tahun lalu ketika di lorong tikus dalam keadaan mata tersembul keluar.
Oleh kerana kucing itu ditemui ketika pandemik, Amier menamakannya Wuhan sempena pusat penularan pandemik COVID-19 di China.










