MELAKA: Perikatan Nasional (PN) yakin mempunyai peluang besar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang sekiranya berjaya memperoleh sokongan lebih 70 hingga 80 peratus pengundi Melayu.
Calonnya daripada Parti Wawasan Negara (Wawasan), Albert Kok Boon Chang berkata, gerak kerja yang dilaksanakan sejak awal membolehkan PN mengenal pasti kekuatan serta peluang untuk meraih kemenangan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, meskipun kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Cina sekitar 54 hingga 55 peratus keadaan tersebut tidak semestinya menjadi penghalang kepada peluang PN untuk menang.
“Sebenarnya kami sudah lama bergerak. Sebab itu, kami tahu kekuatan serta laluan yang ada untuk PN.









