MELAKA: Transformasi Melaka sebagai negeri pintar, memperluas peluang ekonomi golongan muda dan memperkasa industri pelancongan menjadi tiga keutamaan manifesto Pakatan Harapan (PH untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, tiga keutamaan itu turut disokong 12 aspirasi lain yang dirangka berdasarkan keperluan dan isu dibangkitkan rakyat Melaka melalui siri pertemuan bersama masyarakat.

“Melalui aspirasi ‘Melaka Rumah Kita’, tiga teras penting yang kamo kemukakan adalah yang pertama tentang Smart Melaka, di mana kita tahu bahawa keperluan dunia pendigitalan, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) adalah satu keperluan masyarakat kita.

“Bukan sahaja kepada golongan dewasa tetapi kepada seluruh golongan kerana ia melibatkan banyak perkara sama ada daripada segi ekonomi, mempertingkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan mutu pengetahuan.