Amanah menang 11 kerusi parlimen pada PRU 2018 namun jumlah itu merosot kepada hanya lapan kerusi pada PRU15. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Rancangan Amanah untuk bertanding di 32 kerusi Parlimen pada PRU16 memberi petunjuk bahawa Pakatan Harapan (PH) sedang menyediakan ruang untuk membentuk pakatan dengan bekas parti komponennya, Bersatu, kata seorang penganalisis politik.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata Amanah bertanding di 54 kerusi Parlimen pada PRU15 pada 2022, ketika Bersatu bukan lagi sebahagian daripada PH dan gabungan itu bertanding di 220 daripada 222 kerusi Parlimen.
Sebagai perbandingan, Amanah hanya bertanding di 34 kerusi pada PRU14 pada 2018, ketika Bersatu merupakan komponen PH dan diperuntukkan 53 kerusi untuk ditandingi.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F11%2Ff9023d9fbcb61a3c740c6e5fdba171ab.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
