KUALA LUMPUR: “Cukup-cukuplah menipu, cukup-cukuplah fitnah orang,” demikian tegas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias ketika membidas Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap latar belakang politik bapanya.
Amira berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Rafizi mahu mengkritik atau menyerang dirinya secara peribadi, namun tindakan mengaitkan bapanya dengan dakwaan menyertai politik untuk mencari makan disifatkan sebagai penghinaan terhadap pengorbanan individu yang sudah bersama-sama perjuangan Parti Keadilan sejak 1999.
Menurutnya, bapanya bukan sahaja pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan Marang, malah turut memegang jawatan Bendahari Pemuda Keadilan Terengganu dari 1999 hingga 2002.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F07%2Fb9e5f18e6056ac540b3bab0c0c0dae6c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
