KUALA LUMPUR: Tiada kerangka perundangan yang boleh diguna pakai buat masa ini bagi melindungi peniaga dalam transaksi bayaran semasa penghantaran (COD).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya sedang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi memperjelas tanggungjawab pembeli untuk menyempurnakan pembayaran bagi barangan yang telah disahkan dan dihantar mengikut terma transaksi.

Katanya, penggubalan RUU itu juga akan membendung amalan pembatalan pesanan secara sewenang-wenangnya ketika barangan sedang dalam proses penghantaran.

“Selain itu, kementerian turut memberi perhatian kepada prinsip kesaksamaan dalam hubungan antara platform e-Dagang dengan peniaga termasuk memastikan syarat perkhidmatan berkaitan transaksi COD adalah telus, adil dan munasabah serta tidak menjejaskan aliran tunai atau meningkatkan beban kos logistik yang ditanggung oleh peniaga tempatan.