PUTRAJAYA: IOI Corporation Bhd menjangkakan pengeluaran minyak sawitnya akan mencatatkan pertumbuhan satu angka pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027, disokong oleh pengeluaran tandan buah segar lebih tinggi serta kadar perahan minyak yang bertambah baik.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Lee Yeow Chor, berkata pertumbuhan itu juga akan didorong oleh ladang matang muda yang memasuki fasa lebih produktif.

Beliau berkata, operasi perladangan kumpulan di Malaysia setakat ini tidak terjejas dengan ketara oleh fenomena El Niño, memandangkan paras taburan hujan kekal pada tahap normal.

"Bagaimanapun, operasi kami di Indonesia menghadapi cabaran akibat cuaca kering yang berpanjangan, dengan beberapa kawasan di Kalimantan, mengalami tempoh kira-kira tiga bulan tanpa hujan.