Carlsberg Malaysia menjelaskan walaupun mempunyai kerjasama rantau dengan Hyrox di Asia—merangkumi acara terpilih di Singapura, Hong Kong, Taiwan, dan Vietnam—ia tidak akan terlibat dalam penganjuran di Malaysia. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Carlsberg tidak akan terlibat dalam penganjuran Hyrox di negara ini pada 10 hingga 13 Dis ini, menurut cawangan pertandingan kecergasan antarabangsa itu di Malaysia.

Dalam kenyataan dimuat naik di Instagram, Hyrox Malaysia berkata, pihaknya patut 'memberikan pertimbangan lebih besar terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya kita masyarakat Malaysia'.

“Kami terkhilaf dalam hal ini, dan kami bertanggungjawab atas perkara tersebut. Bersama dengan Carlsberg, kami membuat keputusan tidak melanjutkan kerjasama ini bagi saingan di Malaysia.