Program Gear Nerds Meetup Vol 3 menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman bagi membantu pemuzik memahami karakter bunyi dan menguasai peralatan bagi membuat pilihan bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Program anjuran Nurul Fardus Venture berlangsung di BEKL, baru-baru ini menampilkan tiga barisan panel iaitu Apek Tebabo, Shah Sidious Cromok dan Syarizul Ikhram (Abg Lampu).

Program yang diasaskan oleh Nurul Fardus sebagai pengarah dan Deadzid Kidal sebagai pengurus projek ini mendapat sokongan dan pembiayaan daripada Kementerian Komunikasi serta MyCreative Ventures.

Deadzid Kidal berkata, pada awalnya, idea ini tercetus daripada Gear Nerd Unplugged berbentuk audio siar yang mempunyai keterbatasan kerana komunikasi hanya berlaku sehala.