PETALING JAYA: Velesto Energy Berhad (Velesto) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd. memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali) bagi penggunaan pelantar penggerudian jenis jack-up, NAGA 3.

Penyedia perkhidmatan penggerudian itu memaklumkan bahawa kontrak tersebut, bermula pada November, merangkumi satu telaga tetap dan satu telaga pilihan, serta dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak berkenaan.

Presiden Velesto, Megat Zariman Abdul Rahim berkata, kontrak itu menambah aktiviti penggerudian Kumpulan yang telah diperoleh di Malaysia serta memberikan keterlihatan hasil bagi tempoh terdekat.