Kuala Lumpur: CIMB OCTOFest 2026 yang diperluas ke empat bandar utama berjaya menarik 100,000 pengunjung, selain menjana jualan bernilai RM1.2 juta bagi lebih 255 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Festival yang berlangsung sepanjang Oktober di Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur itu menghimpunkan pelanggan, masyarakat serta peniaga menerusi pelbagai aktiviti berteraskan budaya tempatan, makanan, gaya hidup sihat dan muzik.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad dan CIMB Malaysia, Gurdip Singh Sidhu berkata, OCTOFest menjadi platform untuk membantu peniaga tempatan mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka, selain menghubungkan perniagaan dengan pelanggan baharu.








