Zahid Hamidi pada 1 Nov berkata wakil PN yang menang akan dijemput menyertai kerajaan Melaka jika BN berjaya membentuk pentadbiran.PETALING JAYA: Kesediaan Barisan Nasional (BN) menawarkan jawatan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pentadbiran Melaka jika menang PRN dilihat sebagai 'pelaburan politik' jangka panjang bagi membina kerjasama lebih kukuh menjelang PRU16, kata penganalisis.

Tawfik Yaakub berkata, penyertaan PN dalam kerajaan negeri bukan suatu keperluan dari segi angka sekiranya BN memperoleh majoriti selesa, khususnya melebihi dua pertiga.

Sebaliknya beliau berkata, tawaran itu menunjukkan BN mahu membina hubungan dengan PN melangkaui kerjasama ketika pilihan raya, termasuk memastikan pemindahan undi antara penyokong kedua-dua gabungan.