GPS tiada sebab untuk bekerjasama dengan mana-mana parti lain, susulan seruan PKR agar pintu kolaborasi mesti sentiasa terbuka.PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiada sebab untuk bekerjasama dengan PKR dan mana-mana parti lain kerana gabungan itu cukup dominan di Sarawak, menurut penganalisis.
Jayum Jawan di Akademi Sains Negara berkata kerjasama pilihan raya dengan parti lain pada ketika ini hanya akan merugikan GPS, kerana ia akan memaksa blok memerintah itu memenuhi permintaan rakan baharu.
Jayum Jawan."Prestasi GPS adalah terbaik dengan ada 79 kerusi pada DUN ke-12. Ini setelah tiga Adun Parti Sarawak Bersatu (PSB) melompat ke Parti Demokratik Progresif (PDP), dan PSB pula dibubarkan. Selepas itu, pembangkang tinggal dua kerusi yang dipegang DAP," katanya kepada FMT.









