SHAH ALAM: Aliff Daniel Adli, 21, yang sebelum ini tular melakukan ritual agama lain mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka hari ini.

Turut melakukan pengisytiharan taubat, ibu Aliff Daniel, Rohizayanti Ramli, 52, dan Nur Ranea Ezreen Adli, 19.

Bagaimanapun ibu dan adiknya diminta melafazkan taubat kerana gagal menasihatkan Alief Daniel.

Majlis Pengisytiharan itu dilaksanakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.