SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Nilai di sini yang tular menerusi rakaman video dipercayai berada dalam keadaan khayal disahkan positif dadah jenis ketamin, benzodiazepin (benzo) dan tetrahydrocannabinol (THC).
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengesan penularan rakaman video memaparkan pelajar berkenaan disyaki berada dalam keadaan khayal di media sosial semalam.
Beliau berkata, susulan penularan video itu, polis menjalankan siasatan sebelum berjaya mengenal pasti pelajar terbabit.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 28 Oktober lalu di sebuah sekolah menengah di daerah Nilai.










