LONDON – Seorang pemancing dari Lancashire, Britain memecahkan rekod dunia selepas menaikkan seekor ikan kap gergasi seberat 52 kilogram (kg) ketika memancing di sebuah tasik terkenal di Hungary, lapor stesen penyiaran BBC.

Ash Hegarty, 32, dari Blackburn mendaratkan ikan itu bersama abangnya, Nigel, baru-baru ini.

Gambar dan klip video ikan gergasi yang dikongsikan di media sosial itu tular sehingga dia menerima panggilan daripada wartawan di Jerman dan Sweden.

Menurut Hegarty, kakinya mula menggeletar sebaik menyedari ikan yang memakan umpannya bersaiz luar biasa.