Permintaan seorang ibu mangsa nahas yang mahu anaknya diperiksa sekali lagi bagi memastikan dia benar-benar sudah meninggal dunia dalam kejadian itu meruntun hati orang ramai.
Key takeaways
Seorang ibu mangsa nahas di Cyberjaya meminta anak lelakinya, Muhammad Aiman Firdaus Mehedi, diperiksa semula untuk memastikan kematian. Insiden yang berlaku pada malam Jumaat ini mendapat perhatian ramai selepas diceritakan oleh saksi di media sosial.
- Muhammad Aiman Firdaus Mehedi meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Cyberjaya 10.
- Ibu mangsa meminta pemeriksaan semula jenazah anaknya untuk mengesahkan kematian.
- Saksi Dean Musthafa memaklumkan kejadian ini di platform Threads selepas berada di lokasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA – Permintaan seorang ibu mangsa nahas yang mahu anaknya diperiksa sekali lagi bagi memastikan dia benar-benar sudah meninggal dunia dalam kejadian itu meruntun hati orang ramai.
Perkara itu diceritakan oleh pengguna Threads dikenali sebagai Dean Musthafa yang berada di lokasi kemalangan maut melibatkan seorang pelajar, Muhammad Aiman Firdaus Mehedi di Cyberjaya malam tadi.
“Menjelang Magrib tadi, air mata saya tumpah dalam hujan renyai. Luluh hati dan pilu sungguh emosi saya melihat seorang ibu memangku jenazah anak remajanya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya tidak jauh dari