LONDON: Sunderland menerima sorakan cemuhan penyokong di Stadium of Light selepas prestasi membimbangkan mereka berterusan apabila tewas 0-2 kepada Dinamo Zagreb dalam saingan Liga Europa.
Sedang bergelut di kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), kekalahan pertama The Black Cats dalam kempen Eropah musim ini pastinya meningkatkan tekanan terhadap ketua jurulatih, Regis Le Bris.
Luka Stojkovic meletakkan Dinamo Zagreb di depan menerusi rembatan voli pada minit ke-22 sebelum penyerang yang sedang berada dalam prestasi terbaik, Dion Beljo menggandakan kelebihan pelawat 17 minit kemudian dengan penyudah menarik melepasi penjaga gol, Robin Roefs.
Penyokong Sunderland sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati menerusi sorakan cemuhan ketika separuh masa pertama berakhir.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F05%2F176bbe40dc4972b3b6b2b04546266e45.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)