SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal maut sementara rakannya parah akibat bergesel sesama sendiri sebelum digilis lori treler ketika mahu berteduh bawah jejambat akibat hujan di Kilometer 96.2 Lebuh Raya Utara Selatan pada Khamis.Mangsa maut, Mohd Khairul A’zami Mohd Nazeri, 23, dari Kampung Permatang Kong, Alor Setar dan rakan sekampung Muhammad Adib Zamri, 23, parah akibat kejadian.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam memaklumkan kejadian sekitar jam 12.20 tengah malam.Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika kejadian kedua-dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala ke Sungai Petani menggunakan lorong kiri."Setibanya di lokasi kejadian, kedua-duanya dipercayai cuba berhenti untuk berteduh di bawah jejambat berikutan hujan, ketika cuba mengelak motosikal lain yang sedang berhenti untuk berteduh di bawah jejambat tersebut, kedua-duanya dipercayai telah bergesel sesama sendiri sebelum bergesel dengan bahagian sisi lori treler yang berada di lorong sama."Akibat pergeselan tersebut, kedua-dua motosikal terjatuh ke bawah bahagian tengah treler lalu digilis dan diseret," katanya.Hanyan berkata, akibat kemalangan, Mohd Khairul A’zami disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya yang parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.Mangsa maut dibawa ke Jabatan Forensik HSAH untuk urusan bedah siasat.Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.