KUANTAN- Dua lelaki tempatan bersama 24 warga Vietnam termasuk tujuh wanita masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan terlibat jenayah penipuan secara dalam talian, Oktober lalu.Khoo Chun Shiang,21, dan Beh Zi Xuan,29, dan warga Vietnam berusia 20 hingga 48 tahun yang mengaku bersalah di hadapan Majistret Ellyna Othman turut berdepan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Muhamad Saifuldin Ab Rahman.Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh yang kebanyakan bekerja sebagai pembantu kedai, penganggur dan suri rumah itu didakwa secara bersama bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan jenayah penipuan secara dalam talian dengan cara 'phishing'.Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan itu di sebuah premis di Lorong Tok Sira 8 di sini, 26 Oktober lalu.Bagi kesalahan itu, semua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.Terdahulu dalam rayuannya, Muhamad Saifuldin memohon pertimbangan mahkamah agar mengenakan hukuman berbentuk denda minimum ke atas anak guamnya mengambil kira pengakuan bersalah yang direkodkan telah menjimatkan masa mahkamah.Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon satu hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai berikutan peningkatan kes-kes penipun ketika ini.Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan barang kes dilucut hak selepas selesai tempoh rayuan.
26 individu termasuk warga Vietnam didenda terlibat jenayah penipuan 'online'.

Key takeaways
Dua lelaki tempatan dan 24 warga Vietnam, termasuk tujuh wanita, didenda RM5,000 atas tuduhan penipuan dalam talian dan berpotensi penjara lima bulan jika tidak membayar.
- Kes dijalankan di Mahkamah Majistret Ellyna Othman pada 26 Oktober.
- Tertuduh bekerja sebagai pembantu kedai, penganggur dan suri rumah.
- Pengacara memohon hukuman denda minimum mengikut pengakuan bersalah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Empat sekawan terlibat pergaduhan di tokong didenda RM1,000
- Malaysiakini (BM) Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri
- Free Malaysia Today Mahkamah tolak permohonan 6 individu termasuk Undang tangguh prosiding komital
- Sinar Harian 26 individu termasuk warga Vietnam didenda terlibat jenayah penipuan 'online'. (this story)









