SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan digesa memastikan pelaksanaan sistem baharu penjualan tiket bas ekspres tidak mewujudkan monopoli yang boleh mengehadkan pilihan pengguna dan menjejaskan persaingan harga antara platform tempahan.Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Dr Saravanan Thambirajah berkata, pemberian hak eksklusif penjualan tiket kepada terminal bas berlesen berpotensi mengurangkan persaingan dalam industri pengangkutan awam.Menurutnya, usaha memperkemas sistem berkenaan sepatutnya mengutamakan ketelusan transaksi, perlindungan penumpang dan pengurusan aduan tanpa memberikan penguasaan pasaran kepada pihak tertentu."Bagaimanapun, Fomca berpandangan bahawa pemberian hak eksklusif penjualan tiket kepada terminal bas berlesen berpotensi mewujudkan amalan monopoli, mengurangkan persaingan serta mengehadkan pilihan pengguna," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sehubungan itu, Saravanan menggariskan lima perkara utama yang mesti diberi perhatian kerajaan bagi memastikan perubahan sistem oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak mengorbankan kepentingan penumpang.Beliau berkata, pengguna mesti terus diberikan kebebasan membandingkan tambang, promosi, jadual perjalanan dan perkhidmatan daripada pelbagai pengendali bas melalui platform tempahan pilihan masing-masing.Menurutnya, persaingan harga membolehkan penumpang mendapatkan tawaran lebih baik, manakala sekatan terhadap saluran pembelian berpotensi menyebabkan mereka kehilangan manfaat tersebut."Sekiranya pilihan ini dihadkan, pengguna mungkin kehilangan manfaat persaingan harga," ujarnya.Kebimbangan mengenai masa depan platform tempahan seperti Easybook dan redBus turut dibangkitkan pengguna dalam forum Lowyat.NET pada 20 Oktober lalu, termasuk kemungkinan kawalan tambang lebih ketat.Bagaimanapun, pandangan yang dibangkitkan dalam perbincangan berkenaan tidak semestinya mewakili keseluruhan pengguna bas ekspres.Mengulas perkara kedua, Saravanan mengingatkan kerajaan supaya memastikan pelaksanaan sistem baharu tidak menyebabkan peningkatan kos perjalanan yang akhirnya membebankan penumpang.Beliau merujuk kepada pekeliling APAD yang menetapkan caj komersial baharu bagi perkhidmatan platform digital dikenakan kepada pengusaha bas dan bukannya penumpang secara langsung.Menurutnya, kerajaan mesti memastikan kos berkenaan tidak dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tambang atau caj tambahan sehingga menghakis manfaat perubahan sistem.Bagi perkara ketiga, beliau berpandangan, perlindungan pengguna tidak semestinya memerlukan pemberian hak eksklusif penjualan tiket kepada terminal bas berlesen.Sebaliknya, matlamat itu masih boleh dicapai menerusi sistem pelesenan dan pemantauan yang membolehkan pelbagai platform tempahan beroperasi serta bersaing secara adil.Saravanan turut menekankan kepentingan memberikan maklumat jelas kepada pengguna berhubung perubahan sistem terutama mengenai saluran pembelian tiket yang dibenarkan dan kesahan tempahan
Fomca bimbang monopoli tiket bas sekat pilihan pengguna

Key takeaways
Fomca bimbang sistem baharu penjualan tiket bas boleh menyebabkan monopoli dan mengurangkan pilihan pengguna.
- Fomca meminta kerajaan memastikan sistem baru tidak mewujudkan monopoli.
- Pemberian hak eksklusif kepada terminal bas boleh mengurangkan persaingan.
- Pengguna perlu bebas membandingkan harga dan perkhidmatan bas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- November 6, 2026 at 3:38 PM GMT+8
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








