BOLOGNA: Itali menutup aksi pertama Liga Negara-Negara UEFA dengan kemenangan 3-1 ke atas Turkiye di Stadium Dall'Ara, Bologna, awal pagi tadi sekali gus menghidupkan peluang mara ke suku akhir.

Gianluca Scamacca meletakkan Azzurri di depan selepas 26 minit, namun Aral Simsir menyamakan kedudukan sejurus selepas sejam permainan.

Itali kembali mendahului menerusi jaringan Riccardo Calafiori sebelum Pio Esposito melengkapkan kemenangan berkenaan.

Itali kini di tangga kedua Kumpulan A1, tiga mata di belakang pendahulu Perancis dan satu mata mengatasi Belgium. Turkiye pula menghuni tangga tercorot kumpulan dan masih memburu mata pertama.

"Walaupun kami melakukan banyak perubahan, semua pemain berdepan keletihan dan kami sedikit bergelut.