SAO PAULO: Juara dunia Formula 1 (F1) empat kali, Max Verstappen berharap jumlah perlumbaan dalam kalendar musim ini dikurangkan berikutan jadual yang semakin padat, terutama pada penghujung musim 2026.

Pelumba Red Bull itu berkata, kalendar F1 kini menyaksikan pertambahan jumlah perlumbaan berbanding ketika dia mula menyertai kejuaraan itu yang hanya mempunyai sekitar 17 atau 18 pusingan semusim.

“Jumlah itu terlalu banyak. Ketika saya mula menyertai F1 dahulu, jumlah perlumbaan mungkin hanya sekitar 17 atau 18 dalam semusim.

“Sudah tentu saya berharap jumlahnya kurang daripada 24, tetapi saya faham ada sebab tertentu di sebalik keputusan untuk mengadakan sebanyak 24 perlumbaan.