Petaling Jaya: Wanita kerugian RM51,666 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan menerusi Facebook yang kononnya menawarkan komisen 10 peratus bagi setiap tugasan tempahan hotel.
Mangsa berusia 37 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan pekerjaan bertajuk New Career Opportunity yang dilihat di Facebook, 31 Oktober lalu.
Menurut sumber, mangsa kemudian menghubungi individu terbabit menerusi WhatsApp sebelum diperkenalkan dengan tugasan membuat tempahan hotel melalui pautan laman sesawang yang diberikan.
"Mangsa diminta membuat beberapa pembayaran ke akaun bank berbeza bagi menyelesaikan tugasan berkenaan dengan dijanjikan pulangan bersama komisen.









