KUALA LUMPUR: Persepsi aktres hebat, Datin Sofia Jane, terhadap dunia lakonan mungkin tidak lagi sama seperti dahulu.
Selepas tiga dekad bergelar anak wayang, trofi bukan lagi sesuatu yang dikejar atau dijadikan sasaran utama dalam perjalanan seninya.
Sebaliknya, setiap kali melangkah ke set penggambaran, persoalan yang bermain di fikiran aktres berusia 54 tahun itu ialah sama ada penonton dapat menerima dan menikmati naskhah yang dilakonkannya.
Bagaimanapun, Sofia tidak menolak impian pelakon lain untuk meraih pengiktirafan sebagai aktor atau aktres terbaik kerana setiap individu mempunyai cita-cita tersendiri.










