GAZA: Dua rakyat Palestin cedera selepas dinding sebuah bangunan yang rosak akibat serangan Israel sebelum ini runtuh susulan hujan lebat di utara Gaza semalam.

Menurut sumber perubatan kepada Anadolu, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat melanda wilayah berkenaan.

Saksi berkata, ribuan khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal turut ditenggelami air di beberapa kawasan, termasuk berhampiran pelabuhan Gaza City, barat Deir al-Balah, utara kem pelarian Nuseirat serta Jabalia dan Beit Lahia.

Hujan lebat itu berpunca daripada sistem tekanan rendah yang membawa jisim udara sejuk ke Semenanjung Gaza.