Mehsana, India: Tiga sepupu daripada keluarga petani di Vadasma, utara Gujarat, diculik di Ethiopia selama seminggu selepas didakwa cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) secara haram menerusi laluan 'dunki,' lapor The Indian Express.
Mamta, 30, Rutvik, 23, dan Mayuri, 27, tiba di Langhnaj pada 1 Oktober lalu dan menjadikan balai polis tempatan sebagai lokasi pertama dikunjungi selepas dibebaskan tanpa bayaran wang tebusan sebelum pulang ke rumah.
Mereka juga mahu bertemu Inspektor A M Gehlot yang berunding dengan penculik menerusi telefon sehingga berjaya membantu membebaskan mereka tanpa bayaran wang tebusan.
Menurut sumber Polis Mehsana, ketiga-tiga mangsa meninggalkan India menerusi penerbangan berbeza dari Jaipur dan Delhi pada 21 September lalu sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa melalui Timur Tengah.









