Mengapa anda yang tinggal di Puncak Alam, Kuala Selangor, Sungai Buloh atau di Shah Alam tidak mengundi wakil rakyat bertanding di kawasan itu sahaja?
Bukankah mereka yang memberi khidmat kepada anda? Segala aduan masyarakat di penempatan anda, pasti diajukan kepada Yang Berhormat (YB) dalam kerusi Parlimen Kuala Selangor, Sungai Buloh atau Shah Alam.
Dan anda akan semak dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik atau ADUN Batu Tiga jika ada masalah setempat, terutama isu banjir kilat berulang saban tahun sehingga hari ini.
Andai ahli Parlimen atau ADUN yang disebutkan nama kawasan tadi gagal menjalankan tanggungjawab khidmat bakti YB masing-masing, sudah pasti sekali anda perlu memberi hukuman tidak lagi mengundi mereka.







