MELAKA – Pengalaman membesar dalam keluarga yang tidak senang menjadi antara pendorong calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, untuk memperjuangkan peluang pekerjaan, pendidikan dan kebajikan penduduk kawasan itu.
Anak jati Rembia, Mohd. Khuzaire Mohd. Kamal Kannan, 42, berkata, pengalaman tersebut membolehkan beliau memahami cabaran kehidupan masyarakat setempat, selain mempunyai hubungan rapat dengan penduduk kerana membesar dan mendapat pendidikan awal di Rembia.
“Saya mengambil keputusan bertanding di Rembia disebabkan DUN Rembia ini sinonim dengan keluarga saya. Majoriti ramai yang kenal keluarga saya dan latar belakang saya.
“Penduduk masyarakat di DUN Rembia ini dekat dengan saya kerana saya sekolah di sini dan rakan-rakan di sini,” katanya.









