PEKAN – Selepas hampir lima bulan berlalu, perasaan rindu dan rasa trauma ­seorang wanita yang kehilangan dua insan tersayang masih belum dapat dilupakan.

Malah, Dr. Hana Ibrahim yang kini sarat mengandung 32 minggu terpaksa menanggung penderitaan fizikal dan mental selepas suaminya, Dr. Mohammad Zekry Zuhairy Mohd. Atan, 33, serta anak mereka, Dhea Sofea, 2, maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 67, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini pada 19 Jun lalu.

Dr. Hana dan Dr. Mohammad Zekry masing-masing bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Segamat.

Turut terkorban dalam nahas terbabit ialah pemandu ken­deraan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang juga pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Azaharuddin Mohd. Ali, 46.