Seorang pembantu kedai makan berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat berkenaan ke dalam longkang.

KUALA BERANG: Seorang pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran anaknya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam longkang.

Majistret Nur Athirah Hashim turut memerintahkan Nur Ain Adilin Mohd Rofiza, 23, menjalani hukuman penjara lima bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Wanita itu didapati dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi, dengan cara membuang mayat bayi berkenaan ke dalam longkang.