KUALA LUMPUR – Penghantar makanan berusia 21 tahun ditahan polis selepas disyaki mengintai seorang wanita di dalam tandas sebuah bangunan di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita berusia 37 tahun pada pukul 12.01 tengah malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam tandas wanita sebelum menyedari seorang lelaki tidak dikenali dipercayai mengintainya melalui ruang bahagian atas tandas berkenaan.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit terus menjerit sebelum meminta bantuan suaminya.